Kursus merangkumi hubungan ilmu falsafah dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukunegara. Kursus ini bertujuan agar pelajar dapat memahami ilmu falsafah sebagai alat untuk memurnikan budaya pemikiran dalam kehidupan melalui seni dan kaedah berfikir serta konsep insan. Topik utama dalam falsafah iaitu epistemologi, metafizik dan etika dibincangkan dalam konteks isu semasa. Penekanan diberi kepada falsafah sebagai asas bagi menjalin dialog antara budaya serta memupuk nilai sepunya. Perbincangan mengenai isu semasa dibuat melalui perspektif perbandingan antara falsafah, sains dan peradaban. Di hujung kursus ini pelajar akan mampu melihat disiplin-disiplin ilmu sebagai satu badan ilmu yang komprehensif dan terkait antara satu sama lain.
Durasi : 12 Minggu
Tenaga Pengajar : Profesor Madya Dr Amran Muhammad
Kursus ini menjelaskan tentang ibadah haji dan umrah menurut perspektif Islam. Ini merangkumi penerangan tentang pengertian, hukum, tatacara serta hikmah melaksanakannya.
Durasi : 2 Jam
Tenaga pengajar : Syed Muhammad Shahrizal